Sunday, January 4, 2009

Filem Melayu

Banyak telah diperkatakan dan dibincangkan didalam pelbagai seminar dan forum tentang tahap kemajuan filem Melayu. Ada yang menyalahkan terlampau banyak filem Melayu ditayangkan pada satu-satu masa sehinggakan tidak dapat bertahan lama. Ada yang menyalahkan tidak cukup hari wajib tayang dan macam-macam lagi.Tidak ramai yang mahu mengakui dimana letaknya kelemahan filem Melayu.Banyak jugalah filem Melayu yang saya tengok sejak tahun enampuluhan lagi.Malahan filem-filem Melayu tahun 50an pun pernah ditayangkan ditelevisyen.Dimana salahnya filem Melayu? Kelemahan utama pada pandangan saya ialah cerita itu sendiri terutamanya plot atau jalan cerita atau apa yang menyebabkan sesuatu benda itu berlaku dan filem Melayu bukan tidak ada plot langsung seperti filem Hati Bukan Kristal, filem-filem terbitan Shaw Malay Film Productions, Cathay Keris, filem-filem diawal 80an seperti Esok Masih Ada, Abang, Pemburu dan sebagainya.Akhir-akhir ini memang banyak filem Melayu yang diterbitkan, lepas satu satu.
Baru-baru ini saya terpaksa menonton Cicakman 2.Sebenarnya Cicakman 1 pun saya tak suka.Entah apa-apa ceritanya.Harapkan computer graphic aje.Orang berduyun-duyun nak tengok CGI itu yang belum pernah dilihat digunakan dalam filem Melayu.Itu sebabnya boleh kutip sampai RM6 juta.Tapi Cicakman 2 boleh dapat berapa? Dengar kata RM2 juta. Jadilah.Tengok ceritanya tunggang langgang.Metrofulus kejap bandaraya, kejap negara.Saya kesihan tengok Dato' Jalaludin Hasan macam orang bodoh.Saiful Apek tak payah cakap.Saya tak pernah ketawa dengan lawak dia.Lawak bodoh.Lawak tak ada standard.Cerita Cicakman ini nak buat cerita serious ke atau cerita lawak.Kadang-kadang kita tengok dia rimas betul dengan dialog dia.Cerita Duyung dulu macam tu juga.Yang merosakkan filem itu si Yasin jadi beruk.Saya rasa filem Cuci Hans Isaac salah satu filem yang baik jalan ceritanyan.Mudah jalan ceritanya.Baik Punya Cilok arahan Afdlin Shauki pun bagus jalan ceritanya.Afdlin ini tak konsisten.Buli bagus.Buli 2 tak bagus.Entah apa-apa.Jadi tentang sokongan penonton.Jangan hairan kalau tak laku.Itulah namanya persaingan.Kalau tak sanggup melawan ombak jangan berumah ditepi pantai.Jadi ambillah cerita daripada novel atau lapangkan masa persiapkan jalan cerita yang menasabah, menarik dan mengikut selera penonton pada masa itu.Selera penonton berubah-ubah tidak statik.Selera boleh bertukar tak kira jangka masa.Apa yang box office pada satu masa boleh lingkup dilain masa.Sequel kadang-kadang menjadi macam Batman, Spiderman
Rocky, Rambo.Itu pun ada hadnya.Tak guna membuang duit membuat filem yang tak tentu hala ceritanya.Simpan dulu sampai dapat satu cerita yang betul-betul baik.Puteri Gunung Ledang pun merapu.Sejak bila Hang Tuah gilakan Puteri Gunung Ledang sampai macam orang tak siuman! Tak cukup filem teater lagi.Berduyun-duyun orang tengok.Sebab apa.Publisitinya.Teater orang tak pernah tengoh persembahan macam itu diIstana Budaya.Orang dengar filem belanjanya besar.Orang curious.Itu saja.

No comments: