Thursday, January 1, 2009

APA NAK DIKATO

2008 sudah berlalu.Meninggalkan suatu kesan yang begitu buruk kepada dunia.Tahun yang menunjukkan sistem perdagangan bebas boleh mengancam ekonomi dunia.Apa yang kita saksikan pada tahun lepas adalah satu-satunya manifestasi keghairahan selama hampir 30 tahun dalam dunia kewangan.Banyak tindak-tanduk mereka yang bersikap tamak yang dilakukan tanpa pengetahuan pengawalselia untuk memantau.Globalisasi membantu menyemarakkan lagi apa yang dianggap untung besar disatu negara kepada beberapa negara yang lain.Saiz institusi kewangan jauh lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar sesetengah negara jadi tidak hairanlah kalau syarikat seperti Lehman Brothers, Morgan Stanley, Bear Sterns, HSBC dan banyak lagi menjangkau keseluruh ceruk dunia dan bila jatuh disatu tempat memberi kesan kepada banyak tempat.
Ada dikalangan kita yang diamanahkan dengan tanggungjawab mengawalselia menyangkakan selama ini apa yang terdapat diAmerika baik untuk kita tanpa mengambil kira keadaan dan kehendak setempat dan semasa.Bursa Opsyen dan Pasaran Hadapan Kewangan dan MESDAQ adalah diantara contoh-contoh terlampau taksub meniru sehinggakan gagal.
Apa yang berlaku dalam tahun 2008 ramai yang menyamakan dengan Great Depression 1930.Satu demi satu negara maju terpaksa memberikan suntikan kepada institusi kewangan mereka dan syarikat-syarikat gergasi yang kalau tidak diselamatkan akan menyebabkan ramai akan menganggur.
Sebagai sebuah negara bergantung kepada eksport, ekonomi kita juga terjejas.Tambahan pula pada waktu yang sama harga komoditi kita seperti kelapa sawit, minyak dan getah turut jatuh.Hanya institusi kewangan kita tidak terjebak dengan masalah sub-prima dan derivatif yang melanda Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.Kini beberapa ekonomi terbesar seperti Amerika, Jepun, Jerman dan lain-lain negara yang menjadi rakan dagangan kita termasuk China dan India mengurangkan import mereka.
Salah satu institusi kita yang teruk terjejas ialah pasaran saham. Hampir RM300 bilion telah lenyap dari nilai modal pasaran.Indeks Komposit KLCI sekarang berlegar dalam lingkungan 880 mata dan mungkin tahun hadapan akan turun lebih banyak lagi. Ada pandangan yang menyatakan sehingga 755 mata diakhir tahun hadapan.Suntikan RM5 bilion dan RM7 bilion rasanya belum memadai untuk menampung kejatuhan pendapatan dan pertumbuhan dalam pelbagai sektor. Apa yang membimbangkan ialah sekiranya permintaan kepada barangan kita berkurangan syarikat perkilangan akan mengurangkan pengeluaran dan mungkin untuk mengurangkan kos pengeluaran memberhentikan pekerja.Untuk menjana pertumbuhan selain daripada pakej ransangan Kerajaan, rakyat juga perlu berbelanja tetapi berbelanja secara berhemah. Banyak yang boleh diselamatkan dari segi perbelanjaan. Misalannya sambutan perayaan pelbagai jenis setiap tahun yang kalau diperhatikan banyak pembaziran dan tidak pasti sama ada tujuan mengwujudkan keharmonian kaum benar-benar tercapai. Polemik tentang kontrak sosial misalnya masih hangat dibincangkan walaupun sudah berkali-kali diingatkan rakyat tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif.Walaupun internet baik untuk menyuarakan pendapat tetapi ada pendapat yang melampaui batas tidak mengira keharmonian.
Sementara itu beberapa perkara terus menghantui orang ramai. Walaupun harga minyak telah banyak turun masih terdapat peniaga yang enggan menurunkan harga barang-barang mereka.Ini menyebabkan kos sara hidup meningkat dan membuatkan kuasa beli berkurangan.Kesesakan lalulintas terutama sekali dibandaraya Kuala Lumpur tidak menampakkan jalan keluar.Kalau betullah perkiraan suatu kajian yang orang diKL membuang 2hari setengah sebulan terlekat dikesesakan jalanraya bayangkanlah berapa banyak masa dan produktiviti terbuang.Kalau kita ada 3 juta tenaga pekerja awam dan swasta dan kalau kita tambahkan 10 minit sahaja seorang sehari kita dapat tambahkan pekerjaan 30 juta minit sehari atau 500 ribu jam dan kalau kita kira mudah satu jam kerja bernilai RM10 sahaja kita sudah menambah produktiviti bernilai RM5 juta sehari atau RM100 juta sebulan dan RM1.2 bilion setahun.Tapi nampaknya tak ada siapa pun yang cuba nak selesaikan masalah kesesakan lalulintas.Ada pengangkutan awam macam LRT penuh sesak, hamis, hapak tidak berhawa dingin dan belum dapat menarik perhatian pengguna kereta supaya bertukar kepada pengangkutan awam.PM sendiri kena turun padang tengok sendiri.Semua orang hendak beli kereta.
Yang tak serik seriknya ialah rumah dicerun bukit.Begitu ramai yang mati pembangunan diteruskan juga.Kini tempat penempatan air akan terancam tapi Kerajaan Tempatan tak kata apa. Sungai tak payah cakaplah.75% memang tercemar.
Kedudukan dayasaing kita jatuh tahun 2008 daripada nombor 19 pada 2007 kepada nombor 21.Lima faktor yang dianggap penghalang pengamal perniagaan ialah birokrasi kerajaan, rasuah, jenayah dan kecurian, inflasi dan ketidakecekapan tenang pekerja.Meningkatkan dayasaing negara itu misi kita. Apa nak dikato.

No comments: