Saturday, August 2, 2008

Tercapaikah matlamat 2020

Hari ini Pak Lah kata matlamat 2020 mungkin terjejas kerana kenaikan harga minyak dan harga binaan. Memang itu kita terima sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Apakah matlamat 2020 sebagai sebuah negara perindustrian yang maju kejayaannya bergantung kepada dua perkara ini sahaja?Apakah yang lebih penting dalam pencapaian tersebut?Modal insan.Cuba kita lihat produk yang lahir daripada usaha modal insan kita. Universiti kita telah jatuh kedudukannya dimata dunia dibawah sana dalam lingkungan 150, siswazah kita ramai yang menganggur, lebih kurang 40 ribu orang.Jangan lupa setiap tahun setiap universiti akan mengeluarkan graduan mereka.Kalau sebuah universiti mengeluarkan 1,000 graduan, 20 ertinya 20ribu graduan. Mereka ini akan menambahkan bilangan mereka yang menganggur. Kenapa mereka ini menganggur?Siapa mereka ini?Mengikut kajian rasmi Unit Perancang Ekonomi, 90 peratus Melayu dan 85 peratus wanita.Sebab-sebab utama mereka menganggur adalah kelemahan berkemunikasi sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.Melihat kertas jawapan kerja rumah yang pernah saya beri kepada pelajar universiti saya, bahasa mereka sama ada Melayu atau Inggeris tunggang langgang. Ada juga yang menggungakan bahasa sms!Kedua mereka lemah dalam pengetahuan am.Ertinya kurang membaca dan tidak tahu apa yang berlaku sekeliling mereka. Ketiga mereka tidak memiliki keyakinan diri.Pernah saya menemuduga beberapa orang calon untuk menjadi wakil peniaga saham yang meminta diberhentikan temuduga kerana tidak mampu meneruskannya. Akhir sekali ramai yang tidak membuat persiapan untuk ditemuduga.Misalannya menyeledik sedikit sebanyak mengenai syarikat atau jabatan yang akan menemuduga mereka.

Didalam kelas kita boleh lihat dari segi penyertaan betapa kurang dan lemahnya penyertaan mereka. Apakah ini harapan kepada modal insan yang kita laungkan?Inikah yang bakal membawa kita kepada matlamat 2020 kita?Tidak ada universiti yang mahu mengaku yang siswazah mereka menganggur. Tetapi kita tahu kerajaan terpaksa mengadakan kursus jangka pendek untuk membantu mereka yang menganggur ini.Bayangkanlah selepas bertahun-tahun diuniversiti mereka keluar dan terpaksa diberikan kursus jangka pendek untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan.Bukan semua yang tertarik hendak menjadi usahawan.Kalau ia pun bukan senang. Macam-macam dijanjikan dari segi bantuan tetapi sesiapa yang menceburkan diri dalam perniagaan tahulah susah atau senang mendapatkan bantuan.

(Bersambung)

No comments: